Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Lirik Lagu: Fikirkan Boleh
Adakah anda masih ingat lagu fikirkan boleh di atas?? =)
Lagu ini menjadi favorite apabila saya menghadiri kem2 motivasi atau kem bina semangat semasa zaman persekolah dahulu.. Apabila menyanyikan lagu ini, jiwa rasa berkobar2 dan bersemangat! Kan??
Lagu ini sangat bagus sekali kerana message yang ingin disampaikan adalah jelas. “Percaya kepada diri sendiri..”
Aku boleh lakukan!
Saya dapati, kita akan takut membuat sesuatu yang tidak pernah kita mencubanya.. Lebih2 lagi kita akan takut apabila melihat orang yang terdahulu mencuba tetapi gagal..Jdi kita haruslah yakin yg kita mampu lakukan ape saje yg b0ley kite lakukan..dlm dunia nie semuanye kita b0leh lakukan...
Percaya = Yakin = Seronok..
Dalam apa2 bidang yang kita ceburi, sama ada kita belajar, bekerja dan sebagainya, perasaan takut akan datang terutama apabila kita kali pertama berhadapan dengannya..Sebagai contoh, pelajar akan takut gagal dalam peperiksaan subjek yang baru baginya. Namun sekiranya kita tidak belajar, tidak yakin kita boleh dapat keputusan cemerlang dalam subjek tersebut, ya memang kegagalan sangat dekat dengan kita..
Sebaliknya, apabila kita percaya pada diri sendiri, keyakinan akan bertambah sedikit demi sedikit dan semangat untuk berjaya juga akan bertambah. Dari situ, kita akan mula seronok melakukan perkara yang kita percaya dan yakin boleh lakukan.InsyaAllah kejayaan yang diimpikan akan tiba..Semuanya bergantung pada diri sendiri, doa dan juga tawakkal..
Akhir kata, perasaan takut memang tidak dapat dibuang dalam diri seseorang.. Cuma ianya boleh dikawal. Seseorang perlu tahu mengawal perasaan tersebut dengan cara percaya kepada diri sendiri. Namun perlu di ingat, jangan sekali2 kali membuat perkara jahat atau negatif. Belajarlah untuk menjadi lebih baik dan bukan sebaliknya..
***
“I May Not Be The Best, But Whatever I DO, I DO My Very Best.”
Untuk menjadi yang terbaik atau no. 1, kita mestilah terlebih dahulu dapat mengalahkan orang lain. Adakalanya kita tidak mampu berbuat demikian. Tetapi yang lebih penting tidak semestinya menjadi no 1. Yang lebih penting ialah, apa sahaja yang kita lakukan, kita lakukan sepenuh hati dan sepenuh tenaga, iaitu kita lakukan dengan sebaik mungkin.
~Dr. Shukri Abdullah.~





